Ambil dari blog mana saya tak ingat...
ramai tidak tahu banyak fakta-fakta penting yang menarik tentang
aktiviti tentera Malaysia dalam menjalankan tugas atau tanggungjawab
negara. Dibawah adalah sebahagian rahsia sumbangan tentera Malaysia
terhadap negara.
(Fakta di kemukakan ini mungkin ada yang tidak tepat kerana tidak
dapat disahkan kebenarannya dan berharap ada pembaca yang akan
terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di
bawah ini)
1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.
2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca
dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan
sabotaj atau rampasan.
3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan
sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk
dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.
4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian
dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).
5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran
laut dengan tentera Indonesia di mana SEOrang anak kapalnya mati semasa
peristiwa konfrantasi dahulu.
6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di
Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera
Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood,
maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.
7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan
kepada pihak Singapura.
8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di
cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang
melibatkan Singapura.
9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk
kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan
Indonesia.
10. SEOrang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah
ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu
dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya
sangat cekap.
11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun
80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di
bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu
kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.
12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.
13. Filipina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua
jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.
14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam
Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini
menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang
amat baik pada ketika itu.
15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama
radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga
sekarang.
16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.
17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung
di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai
contoh ketika lawatan SEOrang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika
dahulu.
18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC,
aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment
lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat
disahkan)
19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila
untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu
Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB.
Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang
(di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen
tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada
di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan
kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut
beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik
Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH…..(Fakta tidak dapat disahkan)
20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya
menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang
dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.
21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh
bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam
program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi
ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.
22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan
dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada
lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.
23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah
divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom
nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya
pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut
(maklumat ini disampaikan sendiri dari SEOrang anggota perisikan
Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).
24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM,
“Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita.
Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu
mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.
25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2 (search kt google)
26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta
kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia
bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh SEOrang pegawai tentera).
27. Kapal peronda TLDM KD Perak karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.
28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an)
pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan
pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di
Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya
temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).
29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara
Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru
berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera
malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam
kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan
tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan
singapore yg trlibat telah d pecat kerana insiden itu
No comments:
Post a Comment