1. Saya sentiasa berharap supaya
pemimpin saya (baik dalam pembangkang mahu pun kerajaan), bangsa dan
negara ini dipelihara dengan baik dan dirahmati Allah dan
Alhamdulillah, berkat doa orang-orang yang makrifat, negara ini masih
terpelihara.
2. Kalau berlaku satu kecelakaan, ianya
adalah peringatan dari Allah kerana sikap kita yang mengalakkan
permusuhan dan perpecahan di antara kita dan sikap sesetengah dari kita
yang tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan dapat duduk
dalam negara yang aman.
3. Baiklah tujuan saya menulis kali ini
adalah untuk membuka satu kisah yang tidak pernah anda tahu kerana ia
terjadi semasa satu peperangan yang berlaku di Eropah.
4. Saya tulis ini pun disebabkan permintaan khas pembaca saya iaitu pang5kundur@yahoo.com yang membuat komen pada 20 Feb lepas pada artikel Misi Sulit GGK di Bosnia, komennya berbunyi begini :
(komen di bawah ini telah diedit dan
diperelokkan untuk memudahkan bacaan, lain kali Paglima Kundur janganlah
pakai bahasa SMS, payah orang nak faham)
SALAM,
Ini tidak, komunis juga yang
dicari dan dianggap sebagai bunga bangsa.. Kalau tengokj youtube
berkenaan kampung muhibbah di selatan thai tu, wah depa siap buat bisnes
lagi dan menunjukkan taktik-taktik dan kubu-kubu mereka semasa tempoh
berkonflik dgn ATM dan tentu sahaja infonya berpihak kepada mereka. Buat
permulaan buatlah berkenaan di Somalia dulu, tegak bulu roma saya
membaca perihal Jeneral Aboo Samah dan anak buahnya memasuki kawasan
Farah Aidit.. dan perihal komando GGk kita yang terus berjuang hingga ke
titisan darah terakhir.
Memang kita faham tentang adanya sedikit sekatan maklumat untuk memelihara rahsia negara tapi pasti ada maklumat
yang boleh dikongsi dan tidak tertakluk di bawah OSA kan.. dan disebabkan oleh OSA jugalah ramai yang tidak tahu Tun
Mahathir pernah mengadakan dialog rahsia dan menghantar komando kita untuk diseludup ke Bosnia dan antara kesannya ialah Tun Mahathir sampai sekarang dicop sebagai tidak Islamik dan lain-lain label yang kalau saya kena pasti saya melenting.
Tetapi Tun Mahathir tetap menjaga rahsia dan penglibatannya dalam krisis di Bosnia, dia tetap cool dan dia memang
hebat dan semua wira negara yang dok buat “covert ops” ini hebat. Aku salute korang semua.. salam.
-kundur-
8. Terima kasih Tuan Panglima Kundur. Sebenarnya banyak permintaan untuk saya buat macam-macam artikel tetapi komen ini telah menyentuh misi sulit (sulit pada waktu itulah) komando kita di Bosnia, inilah komen yang menyebabkan saya berhasrat untuk menceritakan satu kisah benar yang tidak pernah rakyat Malaysia dan para patriot macam kita ini tahu.
8. Terima kasih Tuan Panglima Kundur. Sebenarnya banyak permintaan untuk saya buat macam-macam artikel tetapi komen ini telah menyentuh misi sulit (sulit pada waktu itulah) komando kita di Bosnia, inilah komen yang menyebabkan saya berhasrat untuk menceritakan satu kisah benar yang tidak pernah rakyat Malaysia dan para patriot macam kita ini tahu.
9. Saya sebenarnya memang bimbang pada ISA atau OSA tetapi ada beberapa perkara sulit yang saya tidak akan
dedahkan dalam blog saya. Yang saya cerita hanyalah perkara-perkara luaran sahaja dan bukan kepada hal-hal terperinci.
dedahkan dalam blog saya. Yang saya cerita hanyalah perkara-perkara luaran sahaja dan bukan kepada hal-hal terperinci.
10.Maaf kerana artikel kali ini ditulis
dengan ringkas tanpa fakta-fakta sokongan yang kukuh kerana saya tidak
beberapa ingat cerita sebenar dan saya sudah letih untuk membuat kajian
termasuk mengemukakan bukti-bukti mengenai kejadian ini.
11.Sebenarnya ada satu keratan berita
dari luar negara yang saya boleh jadikan bukti tetapi saya gagal
menjumpainya…keratan berita itu mendedahkan “PASUKAN ELIT KHAS DARI
SEBUAH NEGARA LUAR TELAH BERADA DI TURKI UNTUK MEMASUKI BOSNIA
HERZEGOVINA”, ia ditulis oleh sebuah agensi berita asing tetapi judul
yang tepat tidak saya ketahui.
12. Dan pasukan elit yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ialah komando GGK dari Malaysia.
13.Maklumat ini disampaikan oleh seorang
bekas penempak tepat dalam pasukan GGK kepada saya beberapa tahun yang
lepas semasa saya sedang bersantai-santai menghisap rokok dan tiba-tiba
terpancul pula hasrat untuk bertanyakan kepada beliau mengenai misinya
ke Bosnia dahulu.
14.Anda kenal mantan Tun Seri Dr
Mahathir Mohamad, sesetengah orang yang menuduh pemimpin kita ini
sekular, anti Islam dan menolak hudud tetapi lelaki ini mahu mengubah
sejarah Eropah.
15.Jika difikirkan secara logik, bolehke
bangsa Melayu mengubah sejarah Eropah? Logik ke? Persoalan ini
sebenarnya sudah lama terjawab, memang orang Melayu boleh dan mampu,
sejarah zaman dahulu kala sudah membuktikannya.
16.Semasa itu berlaku peperangan etnik di Bosnia Herzegovina, ribuan rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak habis
mati disembelih oleh pengganas Serbia.
mati disembelih oleh pengganas Serbia.
17.Mahathir yang ketika itu merupakan
Perdana Menteri Malaysia sudah masak dengan taktik kuasa-kuasa barat
terutama layanan kelas kedua mereka kepada umat Islam, Mahathir kemudian
meminta Angkatan Tentera Malaysia bersiap sedia untuk menghantar
komando GGK.
18.Saya tidak pasti jika kesemua yang
dihantar itu merupakan anggota GGK atau bercampur dengan unit-unit lain
tetapi jumlahnya mencapai 600 orang.
19. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” lebih kurang begitulah dialog Tun
yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.
yang disampaikan oleh bekas penembak tepat ini kepada saya.
20.Mereka ini dihantar secara gelap,
kalau meninggal dalam pertempuran di Bosnia, memang tidak ada balutan
bendera Malaysia pada keranda mereka tetapi kerajaan Melayu yang
memerintah negara ini telah berjanji untuk menjaga isteri dan anak-anak
mereka, kalau yang bujang itu saya tidak pasti.
21.Maka mereka pun dihantar, kesian, wang yang dibawa pun tidak mencukupi, ialah hendak berperang bukan melancong.
22.Mereka dihantar dengan pesawat awam
(MAS) dan kesemua mereka berkhemah di dalam pengkalan tentera Turki di
sempadan negara itu dengan kebenaran kerajaan Turki.
23.Bukan apa, cuaca Turki pun sejuk macam Bosnia, jadi, mudahlah komando kita menyesuaikan diri dengan cuaca Eropah.
24.Kerajaan Turki pada masa itu hanya
memejam mata dalam membenarkan komando Malaysia ini berada di bumi
mereka, pada hal, kalau “terkantoi”, ini akan menyebabkan pelbagai
masalah politik antarabangsa kepada Turki dan Malaysia.
25.Ada juga laporan yang menyatakan
komando-komando Malaysia dimasukkan ke dalam unit tentera Bosnia melalui
Unprofor sendiri, komando-komando ini bagaimanapun dilabelkan sebagai
“LARI DARI UNIT TENTERA”, ya komando
Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.
Malaysia yang melarikan diri dari unit masing-masing sebagai “camoflage” untuk menjalankan operasi ketenteraan terhadap Serb.
26.Sebenarnya Turki dan Malaysia ini
tersangat-sangatlah “kamceng” walaupun tidak diheboh-hebohkan seperti
“akrabnya” Malaysia dengan Indonesia.
27.Jadi ini menjelaskan mengapa Malaysia
sering sahaja menyendeng bahu ke Turki untuk mendapatkan bekalan kereta
perisainya mulai dari Adnan sehinggalah kepada kereta perisai terbaru
dan pelbagai senjata lain.
28.Penyeludupan komando GGK ke dalam
Bosnia ini akhirnya ditarik barik oleh kerajaan ketika itu selepas
sebuah agensi berita Eropah berjaya mengesan kehadiran tentera elit ini
di sempadan Turki.
29.Selepas dipujuk oleh wakil sebuah
negara yang sangat berpengaruh di Timur Tengah, akhirnya Mahathir
menarik balik pasukan komando ini balik ke Malaysia tetapi bakinya di
hantar sebagai tentera rasmi dalam unit UNPROFOR.
30.Malaysia juga tersangat “kamceng”
dengan kerajaan Brunei malahan Sultan Brunei yang berkonspirasi dengan
Tun Mahathir, menyediakan jumlah dana yang sangat besat berjuta dollar
untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam
Bosnia.
31.Bekalan dan keperluan senjata yang
dihantar kepada askar Bosnia juga dibuat oleh syarikat perkapalan
Malaysia dan juga melalui askar-askar Malaysia yang berkhidmat dengan
UNPROFOR ketika itu, sebagai jalan belakang untuk membocori dasar
embargo yang dikenakan ke atas penduduk Bosnia oleh negara-negara barat
yang sememangnya bersikap talam dua muka terhadap orang Islam.
32.Perkara ini didedahkan dalam kertas
kerja yang berjudul “Intelligence and the war in Bosnia 1992 – 1995: The
role of the intelligence and security services” yang disediakan oleh
sebuah institut di Belanda.
33.Bukan itu sahaja malah terdapat laporan pegawai-pegawai tentera Bosnia dilatih di Malaysia, Iran dan pelbagai negara lain.
34.Kelengkapan perang askar Bosnia dihantar oleh Saudi Arabia, Kuwait, Brunei dan Malaysia
35.Tentera Malaysia dan Turki berterusan
menghantar peralatan perang mereka kepada tentera Bosnia bernilai lebih
kurang US2.5 bilion walaupun Bosnia ketika itu dikenakan embargo oleh
kuasa besar.
36.Pemerhati barat mendakwa, kerajaan
Malaysia melalui agensi risikannya berjaya mematahkan embargo Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu melalui laluan dari pihak ketika iaitu Third
World Relief Agency yang hari ini dikaitkan dengan Osama Laden.
BERIKUT MERUPAKAN CATATAN KAJIAN RISIKAN MENGENAI PENGLIBATAN PEJUANG ISLAM DI
BOSNIA
BOSNIA
37.A number of countries are candidates
for having supplied directly to Bosnia. Pakistan delivered equipment, as
did the Sultan of Brunei, who paid for anti-tank missiles from
Malaysia. In January 1993 already, a Pakistani vessel with ten
containers of arms, which were destined for the ABiH, was intercepted in
the Adriatic Sea.[9] Pakistan definitely defied the United Nations ban
on supply of arms to the Bosnian Muslims and sophisticated anti-tank
guided missiles were air lifted by the Pakistani intelligence agency,
ISI, to help Bosnians fight the Serbs, an ex-ISI Chief has officially
admitted in a written petition submitted before a court in Lahore. The
document was submitted by Lt. General (Retd) Javed Nasir, who was head
of the ISI from March 1992 to May 1993, in a case he filed against the
owner and editors of the largest newspaper and TV group of Pakistan, in
an anti Terrorism Court.[10] It remains unclear how the missiles were
transported to Bosnia and who did it.
No comments:
Post a Comment